Friday, 1 June 2012

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan

Quote from a friend in Facebook.

‎:') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa kami walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Baca tauu ...rugi jika tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan 

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: 

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.' 

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak' 

Kemudian Jibrail A.S. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

Setelah selesai Jibrail A.S.  solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud :

'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' 

Lalu Allah berfirman yang bermaksud:

 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...' 

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail A.S. mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail A.S. dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ' 

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:

'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.

 Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat darinya. Salam Jumaat!

Wednesday, 30 May 2012

Week #12

Salam dan selamat sejahtera kawan-kawan.

Lama aku menghilang. Kandunganku sekarang dah hampir meninggalkan minggu ke-12 pun. Morning sickness yang semakin hilang mengembalikan semangat untuk bekerja. Masa untuk anak-anak juga dapat diperuntukkan walaupun kuantitinya sangat sedikit. Kalau dulu, sampai di rumah aku terus cari bantal dan baring, sekarang aku dah dapat melayan anak-anak. Terima kasih kepada emak dan adik aku yang sangat banyak membantu aku di dalam tempoh masa yang sukar ini. 

Tanpa papa aku sememangnya tiada masa untuk diri sendiri. Memang emak dan adik aku banyak membantu, tapi tak mungkin pula aku nak serahkan kepada mereka 100% walaupun mereka tidak kisah. Dalam kepayahan dan penat yang teramat, aku gagahkan juga untuk bangun dan menyertai mereka. :(( Bagusnya kalau papa ada bersama aku. Bolehlah aku berehat sepuas-puasnya tanpa menghiraukan orang lain. Hehehe.... 

Perpindahan papa masih lagi tergendala. Kadang-kadang, aku berdebat juga dengan papa kerana perkara ini. Aku ini bukan penyabar orangnya. Seminggu dua bersabar itu sudah cukup excellent bagi aku :) Aku juga sangat sensitif kebelakangan ini. Perkara sekecil semut pun aku nak ambik hati. Merajuk dengan papa, alasan kurang munasabah. Kesian papa. Sorry ya sayang. Hmm... Agaknya, nanti bila baby lahir, muka dia pun masam macam mamanya.

Walau apapun, aku harap kandungan kali ini seperti kandungan sebelumnya juga tidak bermasalah. Aku sedar aku terlalu awal untuk mengandung selepas kelahiran Abril Asyraaf. Dan aku dengar mulut-mulut yang mengata aku. Ah! Persetan semuanya. Badan aku, aku dan papa punya pasal lah. Aku tak mintak duit sesiapa pun. Kalau ada pun, duit mak, bapak dan laki aku jugak. Lagipun... DIA dah bagi rezeki, tak kan nak tolak kot...

Selepas 2 kali pemeriksaan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, pegawai perubatan mengesahkan aku cukup sihat untuk mengandung dan aku sendiri dah berkali-kali bertanya perkara yang sama untuk mendapat kepastian kerana aku juga was-was pada mulanya. Alhamdulillah, sekarang dah tak perlu risau. Katanya, aku perlu yakin dan mindset mesti sentiasa positif untuk perkembangan bayi yang sihat, dan untuk keyakinan diri sendiri juga. 

Dah 3 bulan, perut agak besar sama seperti mengandung Abrl dulu :) Whoaa... aku tak sabar nak menunggu  bulan Disember.... biar cepat datang biar cepat baby menjengah dunia, bermain bersama abang-abangnya... Lepas tu aku nak pasan implan siap-siap, tak mau lambat-lambat sampai tak sempat dan ter'accident'  macam sekarang. (tolong copy & paste paragraph ini kalau aku post entry pasal aku mengandung sekali lagi tahun depan.. hehehe...).  Hmmm... indahnya perasaan ini...

Selamat malam..

Friday, 11 May 2012

Rindu padanya

 
Kami rindu. Cepat-cepat balik sini.. kami tunggu...



Thursday, 10 May 2012

Pemandu yang setia


Aku belum betah memandu di sini. Jadi, aku minta bapak hantar dan jemput aku setiap hari.

Keadaan trafik yang agak sesak membuatkan aku rimas. Lebih-lebih lagi dalam keadaan aku yang masih mengalami morning-sickness.

Nasib baik bapak tak bekerja. Dapatlah melayan aku dan bantu uruskan anak-anak sementara ketiadaan papa.

Kata papa, atas bantuan seorang kawan, mungkin awal Jun dia berpindah ke sini. Sekurang-kurangnya aku tak perlu menunggu sehingga Julai.

Harap segala yang dirancang berjalan dengan lancar.



Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 8 May 2012

Aku kembali..

Aku berada di Bumi Kenyalang, tanah kelahiran tercinta. Bukan sekadar bercuti, tetapi terus menetap di sini meninggalkan Tanah Malaya yang gah.

Sibuk dengan urusan persekolahan dan perubatan anak-anak serta urusan kerja sendiri memaksa aku meninggalkan laman ini sepi tanpa cerita. Aku sekarang berkhidmat di sebuah Jabatan kerajaan di pusat bandar Kuching. Jabatan kecil dengan kakitangan yang sedikit, jauh sekali perbezaannya di Putrajaya. Harapan aku, kecil organisasi, sedikit jugalah kerenahnya, InsyaAllah.. Semoga urusan aku dipermudahkan di sini.

Papa masih lagi di Putrajaya. Kemungkinan besar akan kerap berulang ke Kuching untuk menjenguk aku dan anak-anak. Mudah-mudahan papa dapat menguruskan pertukaranya secepat mungkin. Jarak masa sehingga Julai nanti seakan panjang, dengan keadaan aku yang mula 'morning sickness' dan sangat mudah letih, memang tak terlayan kerenah anak-anak.

Oh, aku baru balik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Papa terbang balik ke sana. Aku dah mula merindu... Semoga selamat sampai, dan cepat kembali bersama kami di sini.

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers