Wednesday, 6 June 2012

(VIDEO) Semariang & Sejarah hidup keluargaku

Semariang, tanah tempat aku membesar. Aku hanya budak kampung. Kawan-kawan aku semuanya budak-budak kampung sebaya aku juga kawan-kawan sekolah. Dahulunya, kampung aku ini termasuk didalam senarai hitam dek kerana kerap kali berlaku kes curi, pecah rumah, pergaduhan dan macam-macam lagi perilaku yang tidak menepati kehendak piawaian Polis Diraja Malaysia.

Ada sesuatu yang ingin aku ceritakan mengenai Semariang, tanah yang aku duduki sekarang. Terutamanya sejarah Jalan Sultan Tengah, yang berkait dengan kelauarga aku yang terlah dianiaya oleh beberapa pihak.Namun untuk menulis perkara yang 'agak' sensitif, ketepatan maklumat haruslah diutamakan agar tidak dikejar dek anjing-anjing liar di luar sana. 

Tapak tanah Semariang yang banyak melakarkan sejarah di dalam kehidupan keluarga kami, mungkin selepas ini hanya tinggal sejarah. Mungkin hanya cerita yang dapat aku dan saudara-saudaraku ceritakan kepada cucu-cucu kami nanti. MELAINKAN ada keajaiban yang mampu mengembalikan status hakmilikan tanah tersebut kepada pemilik asal, mungkin kami akan terus melakarkan sejarah kehidupan di situ.

Aku agak emosi mengenai perkara ini. Untuk mengelakkan aku mengeluarkan perkataan-perkataan yang kurang sedap didengar, ada baiknya kita sama-sama 'layan' lagu Semariang, nyanyian Abang Mijan, dua pupu aku yang berjiwa seni, seorang rockers kampung yang hampir menjadi artis rakaman.


Sleepless night


I can't sleep. I played Coin Dozer and hoped that I'd fall asleep. But I did not.

Games does not help AT ALL.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 4 June 2012

Rindu lagi


2 minggu papa tak balik dan akan tak balik hingga 2 minggu lagi... 1 bulan lamanya kami tidak berjumpa. Rindu.

Kami agak kerap bertelagah. Puncanya tentulah dari aku. Dan sebenarnya rindu itu yang membuatkan aku kerap mencari punca. Kononnya untuk menarik perhatian. Selebihnya, aku cemburu. Kerana dia tidak pernah membiasakan aku untuk ditinggalkan di dalam tempoh yang lama. Paling lama dia tinggalkan aku pun 2 malam.

Kadang-kadang aku terfikir, bagaimana agaknya perasaan wanita lain yang berjauhan dengan suami? Rindu sudah pasti. Cemburu? Gelisah? Termenung? Mungkin mereka terbiasa ditinggalkan.

Minggu pertama aku berjauhan dengan papa, aku menangis. Sungguh-sungguh aku rindu. Bukan rindu nak 'bersama', tapi, aku lebih senang kalau papa sentiasa dekat dengan aku. Dunia terasa sunyi walaupun aku dikelilingi mak, bapak, adik-adik dan anak-anak. Mungkin itu tandanya aku sangat PERLUkan papa.

Di satu sudut pandangan yang lain, perpisahan sementara ini sebenarnya lebih mengeratkan hubungan kami. Sudah tentu papa akan lebih memahami sikap aku selepas ini. Dan aku sendiri yakin dengan sikap papa yang paling menyerlah iaitu sentiasa SANGAT-SANGAT sabar menangani masalah antara kami.

2 minggu lagi... Hm.. Hidup ini tidak adil, kan?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 3 June 2012

Cuti Gawai yang bosan


Salam dan selamat petang.

Dah 3 hari cuti sempena perayaan Gawai Dayak. Esok adalah hari keempat dan sehingga hari ini aku dan anak-anak hanya duduk di rumah sahaja.

Ada juga bapak ajak aku keluar tapi aku lebih suka duduk di rumah. Mungkin kalau papa ada, situasinya berlainan. Tambah lagi, aku rasa kurang sihat pula beberapa hari ini.

Kesian juga pada anak-anak, mereka terpaksa duduk di rumah juga. Langsung tiada entertainment. Sorry sayang, nanti bila mama dah sihat, mama bawa jalan-jalan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 1 June 2012

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan

Quote from a friend in Facebook.

‎:') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa kami walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Baca tauu ...rugi jika tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan 

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: 

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.' 

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak' 

Kemudian Jibrail A.S. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

Setelah selesai Jibrail A.S.  solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud :

'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' 

Lalu Allah berfirman yang bermaksud:

 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...' 

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail A.S. mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail A.S. dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ' 

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:

'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.

 Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat darinya. Salam Jumaat!

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers