Thursday, 26 June 2014

Checklist Ramadhan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Perkongsian ikhlas... Mudah-mudahan bermanfaat...



Monday, 26 May 2014

Aiman check-in di HUS

Jumaat lepas kami diberikan ujian oleh Allah. Aiman dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Satu malam bersama papanya di HUS. Kata doktor, dia mengalami dyspepsia. Kalau rajin, silalah google apa itu dyspepsia. Aku sedang mengalami sindrom malas blogging. Bukan apa, tak cukup masa sebenarnya.

Aiman discharge keesokkan harinya. Lepas ni kena jaga betul-betul diet anak-anak. Mungkin aku lalai selama ni. Dalam mengejar impian dan cita-cita, seharusnya aku peka dengan keadaan anak-anak. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan aku dan keluarga selepas ini... Amin.

Monday, 19 May 2014

Terlajak perahu boleh diundur

Kisah pensyarah Kolej Komuniti Betong yang menyampah dengan orang Sarawak dan bumi Sarawak sedang viral di Facebook.

Biarpun permohonan maaf telah dibuat melalui akaun Facebook sama yang didakwa telah digodam sebelum ini, sukar untuk aku mempercayai keikhlasannya. Tambahan pula hinaannya bukan di Facebook sahaja malah di akaun Instagramnya juga.

Kata-kata yang dihamburkan tidak melambangkan jiwa seorang pendidik. Kalau menjadi seorang pensyarah di Kolej Komuniti menyebabkan dia tercampak di bumi Sarawak yang dikatakan jijik ini, berhentilah. Letak jawatan dan baliklah ke negeri asal. Senang. Tidak perlu kata nista yang menggores perasaan orang lain. Yang membangkitkan semangat kenegerian yang boleh memecah belahkan perpaduan rakyat semenanjung dan kepulauan Borneo.

Sekarang mungkin si pensyarah ini berada dalam keadaan ketakutan. Rakyat Sarawak sudah marah. Mungkin si pensyarah dalam bahaya, siapa tahu?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata Bujang Senang bangkit dari tidur..

Thursday, 15 May 2014

Budak paling sibuk

Amoi ni budak paling sibuk kat rumah kami. Dari pagi bawa ke malam... dari dapur hingga ruang tamu...

Saturday, 12 April 2014

Tudung mahal? Yang penting menutup aurat.

Beberapa bulan lepas, isu tudung Fareeda hangat di laman muka buku dan blog-blog tempatan.

Namun itu bukan isu di laman aku pada kali ini. Isunya, zaman mula-mula aku kenal dengan tudung dulu, aku sangatlah daif, naif, jahil (kot?) pasal fesyen-fesyen tudung bagai ni. Masa tu orang pakai bawal, aku pun beli bawal jugak. Tapi takda le yang berbatu-batu, manik mahupun sulam bagai. Aku punya yang harga RM10.00 je beli kat pasar malam Presint 2. Selain tu adalah selendang-selendang yang murah, harga lebih kurang jugak.

Nak dijadikan isu, adalah hamba Allah ni menegur tudung yang aku pakai.  Takde batu-batu bagai tu laa.... alahai... dengan gaji aku yang tak cukup untuk diri sendiri masa tu, mana la aku mampu nak pakai tudung RM60.00 sehelai. Cantik memanglah cantik tapi kalau nak cantik sampai diri sendiri kebulur pun tak guna. Lepas tu, tudung yang aku pakai tu tak matching colour bunga baju. Memang lah... aku pakai kaler putih, hitam dan beberapa kaler lain lagi lah.. tak banyak choice.

Kalau diingatkan semula memang kesian giler kat diri sendiri. Sebab tak lama lepas tu, aku tak nak pakai tudung lagi. Dengan alasan yang kononnya kukuh iaitu aku tak banyak tudung dan orang sekeliling mengata aku. Bodohnya... padahal pakai tudung tu tak perlu pun nak matching dengan baju. Tak perlu pun ada batu-batu bagai. Yang penting menutup aurat...

Pengajarannya di sini, kepada sesiapa yang nak pakai tudung tu, kena kuatkan mental. Walau apapun orang kata, abaikan semua yang negatif. Juga kepada semua yang berada di sekeliling orang yang baru nak cuba bertudung, bagilah kata-kata yang positif. Jangan bagi kritikan yang boleh mematahkan semangat orang lain seperti yang berlaku pada aku suatu masa dahulu.

#thx to my hsbnd yg byk support aku dlm segala perkara...

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers