Thursday, 11 September 2014

Maaf

Kalau aku rasa aku salah, aku biasanya tidak teragak-agak nak minta maaf daripada sesiapa. 


Melainkan kalau aku rasa aku betul, susah juga nak melafazkan permohonan maaf. Manusia ada ego masing-masing termasuk aku.

Tapi, baiklah,

MAAFKAN SAYA.

Wednesday, 10 September 2014

Mengintai dari tirai kamar ke tu?


Aku tahu ada yang mengintai kehidupan aku.

Aku kenal dan perasan beberapa orang daripadanya. Sumber paling mudah sudah tentulah Facebook, Instagram dan blog ni. Silakan tengok, baca dan dengar kehidupan aku.. Tak ada apa pun nak di sorokkan. Kecualilah hal dalam kain. Tak kan nak cerita dengan orang pulak kan??

Macam mana aku tahu? Kalau dah semua posting aku di'like', Feed post aku dilanggan dan IP tracker aku asyik track address yang sama, masakan aku tak tahu....

Aku rasa itu perkara biasa sebab dia macam ni:

Walaupun kau bukan artis, tetap ada orang nak ambik tau pasal kau. Lebih-lebih lagi kalau kau jenis yang tak berkawan sangat dengan orang lian. Lagilah orang nak tahu kenapa kau tak campur dengan orang, nak tahu apa kau buat, sapa kawan kau dan sebagainya.

Haa.. kan???

Err.. aku tak marah pun. Aku cuma nak orang tu tahu, yang aku tahu. Dan aku tak kisah. Silakan.. Tapi, jangan haraplah aku nak buat macam yang kau buat tu. I am not interested. Sorry.. Hidup aku, hidup baru. Malas dah nak toleh, jenguk, pandang yang lama. Bosan.

Tuesday, 9 September 2014

Menangis hingga buta bukan sekadar momokan

Selama ni aku ingat menangis sampai buta tu momokan dari filem Ibu Mertuaku lakonan Allahyarham P. Ramlee semta-mata.

Hinggalah aku terbaca laporan Harian Metro bertarikh 8 September 2014.

Kuala Terengganu: “Fatimah buta kedua-dua matanya akibat sering menangis apabila teringatkan arwah ibunya yang meninggal dunia 18 tahun lalu,” kata Asmah Salleh, 59, menceritakan kisah hidup sepupunya, Fatimah Sulaiman, 71, yang buta kedua-dua belah mata sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, Fatimah sering termenung dan kemurungan sehingga jatuh sakit akibat teringatkan arwah ibunya dan kesannya 10 tahun lalu, matanya tidak mampu lagi melihat.


“Akibatnya keseluruhan kehidupannya berubah selepas tidak lagi mampu melihat seperti sebelumnya dan hanya bergantung hidup kepada keluarga saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Ladang Sahat, di sini, semalam.

Menurutnya, walaupun buta, namun sepupunya itu mampu menguruskan diri sendiri dan dia hanya membantu menyediakan makanan harian sahaja kepada warga emas berkenaan. “Fatimah tinggal bersendirian bersebelahan rumah saya, namun bagi menjamin keselamatannya, saya terpaksa mengunci rumah berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Saturday, 6 September 2014

TIPS: Menyelamatkan gigi yang tercabut akibat kemalangan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nak kongsi tentang penjagaan gigi, Menurut Dr. Yuliana Ayob, gigi yang tercabut ketika kemalangan masih berpeluang untuk diselamatkan. Di bawah adalah status Facebook beliau pada 3 September 2014.

Malang tidak berbau.

Jika gigi tercabut ketika kemalangan, apakah tindakan segera anda supaya gigi tersebut dapat diselamatkan?

1. Ambil gigi

2. Letakkan dalam susu3. Jika tiada susu, simpan dalam mulut bersama air liur4. Jangan cuci atau basuh gigi5. Jangan biarkan terdedah tanpa direndam dalam susu atau mulut6. Segera berjumpa Doktor supaya gigi dapat diselamatkan

Kebiasaannya gigi hadapan akan tercabut ketika kemalangan. Masih ada peluang untuk diselamatkan.

InshaAllah.

Mudah-mudahan membantu :)

Friday, 5 September 2014

Happy birthday Aiman


Aiman dah genap 7 tahun pada 30 Ogos yang lalu. Syukur alhamdulillah Aiman membesar dengan sihat di bawah jagaan aku dan papa. 


Permintaan Aiman pada hari jadi kali ini sangat murah nilainya.


Dia nak pembaris je. Dan permintaan tersebut telah ditunaikan. Neneknya belikan pembaris baru. 1 set dengan pencil, pemadam dan sharpener. Untuk dia, abangnya dan Abril jugak. Sebab kalau beli untuk dia sorang, confirm jadi gaduh.

Pembaris tu nilainya kecik je. Tapi impak daripada pemberian tu, sangat tak ternilai - Happiness 

Doa aku untuk Aiman dan anak-anak yang lain setiap kali selesai solat ialah agar mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, yang dapat mendoakan aku dan papa bila kami dah tak ada nanti. Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah S.W.T. dan mendapat rahmat  dariNya. Amin..

Happy Birthday Muhammad Razif Aiman.
I always love you.

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers