Monday, 29 September 2014

Bila dia jadi Mr. Mama

26 dan 27 September lepas aku ke Sarikei. Menjadi urusetia Festival Nasyid Peringkat Negeri Sarawak.

Makanya, tinggallah Encik Hazrul bersama 4 orang askar kecilnya. Sekali sekala meninggalkan anak, terasa jugak rindunya. Bukan rindu kepada papa semata-mata, pada anak-anak yang paling ketara. Terutamanya si tuan puteri. Anak dah besar, bolehlah bepergian sekali sekala.

Salute untuk papa sebab boleh handle anak-anak dengan cemerlang. Siap boleh masak sedap-sedap untuk anak. Jadi, nanti bolehlah mama outstation selalu.

Btw, sekarang ni aku di Putrajaya, ada lawatan kerja sambil belajar :).


Thanks again, yang.. jagakan anak-anak untuk mama. That's why I love you so much.

Friday, 26 September 2014

Raptai Penuh

Gambar-gambar semasa raptai penuh perbarisan sempena hari jadi TYT YDP Negeri Sarawak tempoh hari.












Tuesday, 23 September 2014

KEMALANGAN: Butang baju dalam hidung Abril Asyraaf

Ini kejadian petang semalam.


Aku dan papa baru ke balik dari menjemput Ayushi dari rumah pengasuh dan terus ke sekolah untuk menjemput Armand dan Aiman. Masuk dalam kawasan rumah, aku nampak si Abril berdiri di balkoni sambil mengorek hidung. Wah, ceridak!! 

Baru je aku buka pintu, Abril terus berlari dan bagitahu ada butang emas dalam hidung dia. Butang emas??? Otak aku terus bekerja keras memikirkan tentang butang emas. Bila masa pulak aku ada butang emas. Mana pulak dia dapat butang tu?

Dalam keadaan yang cemas aku terus baringkan Abril untuk tengok apa benda dalam hidung dia. Memang sah ada sesuatu. Macam manik pun ada. Siap aku berlari masuk bilik lagi sebab nak tengok bekas manik tudung aku yang terlerai tu dia usik ke tak.. tapi nampak macam ok je.. Hmm.. Butang mana ye??? Aku tak tau pun aku ada butang tu.


Lepas tu aku dan papa terus hantar semula Ayushi ke rumah pengasuh dan gerak ke klinik kesihatan (Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Kuching tutup jam 10.00 malam) Klinik tolak ke hospital sebab tak cukup peralatan selepas office hour. Maka dengan pantas kami ke Hospital Umum Sarawak pulak.. 

Aku sedaya upaya kawal diri supaya tak geram dan marah dengan Abril. Sebab tak nak bagi dia menangis. Kalau menangis takut benda tu masuk lagi dalam. Lagipun, nak marah apa lagi? Benda dah berlaku, Patut sebelum berlaku lagi aku dah pesan siap-siap. Dah pesan selalu sebenarnya.. tapi tak masuk jugak..Alah.. anak-anak kecik kan? Biasalah tu kottt......

Okey seterusnya, selepas 30 minit di HUS, Abril dipanggil, masuk ke bilik pembedahan kecil. Doc/MA tu ok je nampak tenang, aku yang gelabah sebab takut anak aku sakit. Hihihi.. Padahal Abril OK je walopun lepas tu dia agak ketakutan. Nasib baik prosedurnya sekejap je.

It was unbelieveable this button can fit Abril's nose
Mak aii.. aku ingat butang tu kecik. Besar jugak. Macam manalah boleh masuk dalam hidung?? Allah.. anak, anak... sakit jantung mama dan papa. Nasib baik tak ada penyakit jantung.

Pagi tadi untuk kesekian kalinya sejak balik daripada HUS malam tadi, berkali-kali aku pesan kat dia jangan masukkan apa-apa dalam hidung. Dia angguk je.



*Butang emas? Entah dari mana-manalah dia dapat... Aku tak pernah ada butang tu.
** ceridak = pengotor (bahasa Sarawak)

Monday, 22 September 2014

Ayushi kurang zat?

Khamis lepas aku bawa Ayra Ayushi check-up di klinik kesihatan. 2 jam menunggu, buka sekejap. Jumpa nurse tak sampai 10 minit. Biasalah kan di klinik kerajaan.

Jadi secara keseluruhannya, perkembangan kali ini kurang bagus. Beray Ayushi tak naik dan berada tepat atas garisan sempadan berat badan normal dan kurang berat badan. Maka, aku sekarang gigih mengatur semula pola pemakanan Ayra Ayushi. Melainkan semasa dia di rumah pengasuh, susah sikit aku nak kawal.

Sebenarnya aku pelik jugak. Sebab Ayushi ni jenis pemakan. Apa saja yang aku dan keluarga makan, dia makan jugak. Makanan pedas pun dibedalnya sekali. Heheheh.. Mungkin makanan kurang nutrisi kata nurse bertugas hari tu. Mak aih.. mau aku tak terkejut. Takde nutrisi ke ayam, ikan, telur, sayur???? Ohohohohoh.. kenyataan yang tak dapat diterima.

Tapi takpe, aku masih mengkaji. Masih mencari makanan yang dapat naikkan berat badan dia. I'll make sure she'll gain weight.

Nurse, mu tunggu aku datang bulan Disember nanti!

Thursday, 18 September 2014

Gambar Rapat Raksasa Sempena Hari Jadi TYT Yang diPertua Negeri Sarawak

Lagi gambar masa hari perbarisan sempena hari jadi Tuan Yang Terutama Yang diPertua Negeri Sarawak tempoh hari..

























~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers