Tuesday, 23 September 2014

KEMALANGAN: Butang baju dalam hidung Abril Asyraaf

Ini kejadian petang semalam.


Aku dan papa baru ke balik dari menjemput Ayushi dari rumah pengasuh dan terus ke sekolah untuk menjemput Armand dan Aiman. Masuk dalam kawasan rumah, aku nampak si Abril berdiri di balkoni sambil mengorek hidung. Wah, ceridak!! 

Baru je aku buka pintu, Abril terus berlari dan bagitahu ada butang emas dalam hidung dia. Butang emas??? Otak aku terus bekerja keras memikirkan tentang butang emas. Bila masa pulak aku ada butang emas. Mana pulak dia dapat butang tu?

Dalam keadaan yang cemas aku terus baringkan Abril untuk tengok apa benda dalam hidung dia. Memang sah ada sesuatu. Macam manik pun ada. Siap aku berlari masuk bilik lagi sebab nak tengok bekas manik tudung aku yang terlerai tu dia usik ke tak.. tapi nampak macam ok je.. Hmm.. Butang mana ye??? Aku tak tau pun aku ada butang tu.


Lepas tu aku dan papa terus hantar semula Ayushi ke rumah pengasuh dan gerak ke klinik kesihatan (Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Kuching tutup jam 10.00 malam) Klinik tolak ke hospital sebab tak cukup peralatan selepas office hour. Maka dengan pantas kami ke Hospital Umum Sarawak pulak.. 

Aku sedaya upaya kawal diri supaya tak geram dan marah dengan Abril. Sebab tak nak bagi dia menangis. Kalau menangis takut benda tu masuk lagi dalam. Lagipun, nak marah apa lagi? Benda dah berlaku, Patut sebelum berlaku lagi aku dah pesan siap-siap. Dah pesan selalu sebenarnya.. tapi tak masuk jugak..Alah.. anak-anak kecik kan? Biasalah tu kottt......

Okey seterusnya, selepas 30 minit di HUS, Abril dipanggil, masuk ke bilik pembedahan kecil. Doc/MA tu ok je nampak tenang, aku yang gelabah sebab takut anak aku sakit. Hihihi.. Padahal Abril OK je walopun lepas tu dia agak ketakutan. Nasib baik prosedurnya sekejap je.

It was unbelieveable this button can fit Abril's nose
Mak aii.. aku ingat butang tu kecik. Besar jugak. Macam manalah boleh masuk dalam hidung?? Allah.. anak, anak... sakit jantung mama dan papa. Nasib baik tak ada penyakit jantung.

Pagi tadi untuk kesekian kalinya sejak balik daripada HUS malam tadi, berkali-kali aku pesan kat dia jangan masukkan apa-apa dalam hidung. Dia angguk je.



*Butang emas? Entah dari mana-manalah dia dapat... Aku tak pernah ada butang tu.
** ceridak = pengotor (bahasa Sarawak)

No comments:

Post a Comment

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers