
Khamis lepas aku bawa Ayra Ayushi check-up di klinik kesihatan. 2 jam menunggu, buka sekejap. Jumpa nurse tak sampai 10 minit. Biasalah kan di klinik kerajaan.
Jadi secara keseluruhannya, perkembangan kali ini kurang bagus. Beray Ayushi tak naik dan berada tepat atas garisan sempadan berat badan normal dan kurang berat badan. Maka, aku sekarang gigih mengatur semula pola pemakanan Ayra Ayushi. Melainkan semasa dia di rumah pengasuh, susah sikit aku nak kawal.
Sebenarnya aku pelik jugak. Sebab Ayushi ni jenis pemakan. Apa saja yang aku dan keluarga makan, dia makan jugak. Makanan pedas pun dibedalnya sekali. Heheheh.. Mungkin makanan kurang nutrisi kata nurse bertugas hari tu. Mak aih.. mau aku tak terkejut. Takde nutrisi ke ayam, ikan, telur, sayur???? Ohohohohoh.. kenyataan yang tak dapat diterima.
Tapi takpe, aku masih mengkaji. Masih mencari makanan yang dapat naikkan berat badan dia. I'll make sure she'll gain weight.
Nurse, mu tunggu aku datang bulan Disember nanti!










No comments:
Post a Comment