Friday, 26 April 2013

Mak aku sakit :((

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kawan-kawan pembaca sekalian.

Kali ini aku muncul lagi tetapi bukan dengan alasan lapuk itu. Papan kekunci ini berada jauh dari jangkauan bila mak aku sakit. Of course anak-anak aku juga menjadi salah satu penyebab aku tinggalkan blog ini.. Tetapi kali ini keadaan emak aku yang kurang sihat turut mempengaruhi emosi aku untuk menulis. Kebanyakkan masa digunakan untuk memikirkan mak (terutamanya sebelum tidur dan semasa dipejabat). Tetapi aku tidaklah menunjukkan sangat rasa bimbang dan risau kepada mak takut pula dia rasa tak selesa dan rimas.


Sakit mak pelik. Susah aku nak ceritakan di sini. Fizikalnya, mak nampak sihat. Tapi... hmm.. kang aku taip panjang-panjang pun tak ada guna jugak. Mak dah jumpa doktor, macam2 doktor. bermacam-macam klinik dah dia pergi. Hospital pun sudah. Pusat perubatan Islam pun dah juga. Kalau aku nak ceritakan di sini, terlalu panjang. 


Walau apapun, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mak. Yang penting, mak dah berusaha untuk menyembuhkan sakit misteri nya, Allah juga yang menentukan segalanya. Semoga Allah sembuhkan penyakit mak.. I love you, mak..

Friday, 12 April 2013

Tambah umur

2 April, tarikh hari lahir dan hari ulang tahun perkahwinan aku dan papa.

Tahun ini, seperti tahun-tahun lepas jugak, papa bagi aku bunga dan belanja makan. Walaupun simple dan biasa-biasa saja, aku  sangat menghargai usaha papa untuk gembirakan aku.

Kata papa, tahun ni dapat 3 kuntum bunga je. Kalau nak dapat 30 kuntum, kena hidup dengan dia lagi 27 tahun. Hehe. Bukan setakat 30 tahun, 300 tahun pun aku sanggup.

Monday, 1 April 2013

Hasil tenusu yang...

makin kurang :(



but I keep on pumping... 
and hoping that I could produce more milk 
for my darling Ayra Ayushi..

Thursday, 28 March 2013

Rumahku, syurgaku...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini boss tak ada di pejabat. Jadi, sebagai seorang PA, sudah semestinya aku gembira bila boss tak ada di pejabat :)

Bila boss tak ada, automatically kurang kerja. Jadi, bila termenung tu, macam-macam lah yang muncul di dalam fikiran. Hari ini aku terfikir pasal rumah. Orang yang dah berkeluarga ni mesti nak duduk rumah sendiri kan.. Aku pun macam tu jugak. 

Mak suruh sambungkan saja rumah yang kami duduk sekarang (tapi lain-lain pintu laa...) sebab tanah pun luas lagi. Aku dan papa setuju. Yer lah, kos sambung rumah dan kos beli rumah memang jauh sangat bezanya.. Beli rumah dah tentu dengan tanah sekali.. buat rumah, dirikan bangunan jer kan.. Hmm.. Kalau ikutkan nafsu, memang nak beli rumah impian. Heheh.. Tapi aku ngan papa pun bukan nya bisnes sendiri. Kerja makan gaji je. Gaji pun gaji kerani, berapa sangatlah kan. Anak dah empat, barang-barang keperluan pun makin hari makin mahal. sekolah, pelajaran, aktiviti luar, semuanya kena ambil kira... Makanya kami setuju jugak lah dengan cadangan mak.

Besar tak besar belakang kira. Janji cukup selesa untuk kami 6 beranak. Orang kata, ukur baju di badan sendiri. Kalau mampu mewah, mewah lah.. kalau mampu sederhana, sederhanalah.. kalau tak mampu, kenalah usaha lebih lagi. Walau apa pun, aku dan papa cuba jugak nak sediakan yang terbaik untuk anak-anak. Terima kasih mak kerana tanah sebidang itu. Allah sahaja yang membalasnya.. (terharu giler :[ ) Kami dah merancang, mudah-mudahan Allah memperkenankan segalanya.

Aku tahu ada pihak yang memperkecilkan aku dan papa. Kami terima seadanya. Kami terima semuanya sebagai satu cabaran. Walaupun kami tak kaya, tak berduit, tapi kami masih senang dan kaya dengan kasih sayang :) Itu yang penting.

Monday, 18 March 2013

Kenapa aku menghilang?

Macam blogger yang lain juga, kalau menghilang, sudah pasti alasan yang paling laku ialah sibuk ataupun tak ada kesempatan nak menulis. Masa memang selalu tak cukup, terutama bagi yang beranak kecik. Heheh.

Memang aku sibuk. Sibuk yang melampau. Pagi-pagi bangun siapkan anak-anak dengan bantuan papa. Lepas tu by 7.10 a.m., mesti dah naik kereta hantar Aiman ke sekolah, hantar Abril ke rumah pengasuh dan last sekali hantar Yuci kat rumah pengasuh. Balik rumah tukar kenderaan, Aku dan papa naik motorsikal ke tempat kerja sebab nak elakkan kesesakan lalu lintas. Tengah hari pukul 12.30 mesti dah ada di atas jalan raya, ambik Yuci, bagi breastfeed dan makan tengah hari. Pergi kerja semula dan petang cepat-cepat tunggu papa ambik dan terus gerak balik. Nasib baik naik moto, jadi bolehlah ucapkan selamat tinggal kepada jalan sesak. :)

Walaupun demikian, berat badan aku bertambah. Sekarang, rupa aku memang sebijik macam belon kene tiup. Hahah. Tak pernah dalam sejarah, badan aku seberat 69kg kecuali semasa mengandung. Dipendekkan cerita, berat badan tak turunlah ni. Dan yang paling tak bestnya, lemak sangat banyak berkumpul di bahagian PERUT. Huh! Sabo je laaa~

Ayra Ayushi masih lagi tak mahu menyusu botol. Tapi aku tetap jugak hantar ke rumah pengasuh, Lama-lama, mau jugak dia tu. Hmm.. Tapi si Yuci ni memang agak tinggi tahap kesabaran dia. Pengasuh dia cakap, ada harinya dia langsung tak mahu hisap puting botol dan sanggup tunggu aku balik. Wah.. Penyabar betul. Minggu pertama, menangis jugak dia, tapi mulai minggu lepas, dia dah tak menangis lagi. Apa-apa jelah Yuci, asalkan tetap happy seperti selalu :) Err... pipi dia makin bulat aku tengok. 

Masalah-masalah sampingan tetap ada. Anak-anak nakal dan tak terkawal, itu setiap hari pun berlaku. Lebih-lebih lagi si Abril yang sedang membesar. Macam-macam perkara dibuatnya. Hujung bulan ni Abril genap 2 tahun 3 bulan. Sekarang dia dah kenal ABC sampai Z, kenal nombor 123. Err 1 2 dan 3 je kot dia kenal. Hehe.. dah petah betul bercakap dan ada tune yang comel bila bercakap. Menyakat pun dah sangat pandai dan jugak, lasak macam abang-abangnya. 

Armand pulak, tiap-tiap hati hilang pensel dan pemadam di sekolah. Kadang-kadang hilang sharpener. Ruler pun dah tak nampak bayang. Adoii.. Towkey balak pun mau nak bankrupt tau! Buat kerja rumah, kadang-kadang rajin, kadang-kadang malas.Selalu kene marah ngan aku sebab ligat mengalahkan gasing kat rumah. 

Aiman pun lebih kurang abang dia. Tapi ada baik sikit walaupun berbisa bila dia marah. Heheh. Sekarang pelajaran Aiman memang dah banyak sangat kemajuan. Tak macam dulu. Tapi, dia lemah tengok laptop, PC ataupun phone. Asik nak main game sajerrrrr.. Kadang-kadang aku bagi main. Kadang-kadang aku tak bagi main. Kalau tak bagi main game, dia bantai tengok TV, channel cartoon. Dan.... mulalah dia bersilat kat depan TV.

Aku tak tau kalau ada insan di bumi ni yang tahan duduk senyap je tengok anak-anak macam bertih jagung yang baru dimasak. Lompat sana, lompat sini, lari sana, lari sini, menyakat dan sebagainya. Walaupun demikian, aku sayang akt anak-anak aku. Budak-budak kalau tak nakal, bukan budak-budaklah kan? Nanti kalau diorang duduk senyap je tak ada bunyi pun, risau jugak, Lagipun, bukan 24 jam tanpa henti diorang menggasing. Ada masanya senyap jugak. Terutamanya bila mama diorang baru lepas mengilai. 

Haa.. boleh bayangkan tak kenapa aku menghilang?

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers