Friday, 29 November 2013

Rozita Che Wan dan Pak Cik Sahak

Besarnya belanja kahwin Rozita Che Wan hinggakan aku teringat kepada seorang pak cik di kampungku. Aku ingin berkongsi kisah salah seorang penduduk di kampung ini yang pada pandangan aku hidup dalam serba kekurangan.

Ada seorang pak cik di kampung aku.Pak cik Sahak namanya. Pada pandangan mata aku, hidupnya sangat daif. Dia punya anak yang ramai. Rasanya semua dah bekerja dan hanya seorang yang masih dalam tanggungannya kerana masalah lembam. Walaupun demikian, anak-anaknya yang ramai itu bukanlah di kalangan orang yang berada. Mereka juga nampaknya seperti ayah mereka, serba kekurangan. Hidup mungkin sekadar cukup makan sahaja. Ada yang duduk bersama pak cik Sahak, ada juga yang merantau. Aku hormat pada pak cik Sahak dan anak-anaknya. Walaupun hidup sangat tidak mewah, masih lagi bekerja meneruskan kelangsungan hidup, berusaha mencari rezeki yang halal tidak seperti sesetengah orang yang hanya mahu kesenangan dengan cara yang cepat sahaja.

Walaupun kehidupan pak cik Sahak serba kekurangan, pelajaran anak-anaknya tidak terabai. Dia berusaha memberikan pelajaran sebaiknya kepada anak-anaknya. Anak-anak pak cik Sahak, T, A dan L dahulu satu sekolah dengan aku. Kami berkawan agak baik juga kerana tinggal satu kampung. Lagipun waktu itu keluarga kami ada sebuah kedai runcit dan hampir semua penduduk kampung kenal kami sekeluarga. Dari situ aku kenal keluarga pak cik Sahak. Isteri pak cik Sahak sangat baik hati walaupun aku tidak tahu namanya. Kalau bertandang ke rumahnya pada hari raya, dia dan anak-anaknya begitu ramah melayan.

Isteri pak cik Sahak meninggal beberapa tahun yang lalu semasa aku masih bekerja di Putrajaya. Emak yang mneyampaikan berita kepada aku. Aku sudah lupa kisah isterinya meninggal. Kalau tidak silap ingatan aku, isteri pak cik Sahak terjatuh di dalam tandas rumahnya dan koma beberapa hari lalu meninggal dunia selepas itu. Anaknya, L, meninggal pada awal tahun ini kerana sakit batuk kering. Itu aku dengar dari mulut orang, bukan dari ahli keluarga pak cik Sahak sendiri.

Aku masih ingat sewaktu L meninggal dunia, jenazahnya diuruskan di surau di sebelah rumah aku. Mungkin keadaan rumah pak cik Sahak terlalu sempit lagi uzur menyebabkan jenazah diuruskan di surau. Majlis tahlil diadakan di dalam keadaan yang serba sederhana. Yasin dibaca di luar rumah, di bawah kanopi yang mungkin dipinjam daripada surau juga. Kasihan dan simpati bermain-main difikiran aku apabila teringat akan kisah pak cik Sahak.

Berbalik kepada kisah belanja kahwin Rozita Che Wan, betapa tingginya kos majlis terebut. Aku tak perlu sebut pun, sebab telah diketahui umum jumlahnya mencecah jutaan ringgit. Aku terbayang kalau-kalau Rozita Che Wan itu kenalan aku, aku nak minta dia cut off beberapa orang tetamu supaya duit tu boleh aku bagi kepada pak cik Sahak. Bukan mintak setengah juta pun. RM10k pun cukuplah. Aku nak bantu pak cik Sahak bina semula rumah dia. Biar dia, anaknya dan cucu-cucunya selesa tinggal di situ.

Tuesday, 29 October 2013

Pertunjukan kapal berhias

Wah, sudah 2 bulan aku menaip entri ini, rupanya lupa nak tekan button publlish... Jadi, aku dengan senang hati betulkan semula ayat-ayat lama dan jadikannya menjadi ayat yang baru.. Huh! 2 kali kerja...

Mempersembahkan...

Gambar-gambar yang diambil sekitar malam pertunjukan kapal berhias.


si kecik ni pun sibukkk





ini adalah antara acara yang terbaik yang pernah aku saksikan... hebat! 

I love Sarawak :)

Assalamualaikum...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam sejahtera rakan-rakan blogger dan pembaca yang aku kasihi sekalian.

Beberapa ketika aku menyepikan kerana terlampau sibuk dengan urusan pejabat. Boss lama dah bertukar ke Putrajaya. Masuk pula boss baru yang sebelum ini bertugas di Jakarta. Bila boss bertukar, maka jadual PA pun bertukar. Hihi.. Banyak perkara nak selesaikan. Tambahan pula, aku masih belum dapat menyesuaikan diri dengan cara kerja boss baruku ini.

Menambahkan kesibukan aku, aku sekarang dah menjadi pelajar semula. Memang kena banyak bekorban masa. Anak-anak tetap menjadi keutamaan. Masa tidurlah yang menjadi korban.. Lebihkan membaca daripada tidur. 

Banyak juga perkara yang berlaku kebelakangan ini. Geram rasanya nak meluahkan perasaan diruangan yang setia ni, tapi entah kenapa jari jemari terasa berat nak menaip...

Walau apapun, aku tetap akan mencari ruang untuk terus menghidupkan kembali blog yang semakin suram ini.

Buat kawan-kawan sekalian, maaf kerana dah lama aku tak menjenguk kalian.. Mudah-mudahan korang semua dan keluarga sihat2 belaka.. Ada masa nanti, insyaAllah aku menjenguk blog korang. 

Assalamualaikum...

Thursday, 17 October 2013

Tukar boss

Dah sebulan aku berkhidmat dengan boss baru.

Boss yang sebelum ni bertukar balik ke Putrajaya. Mana ada boss yang nak lepak lelama kat negeri orang, yer tak?? Yang bukan boss pun meraung nak tukar balik negeri apa lagi boss  boss yang memang selalu diturut perintahnya.

Nak cerita sikit pasal boss lama. Dia memang baik. Umo sama ngan bapak aku. Kalo bukan boss aku, aku panggil bapak je kot. Hihi. Baik seyyy... masa majlis perpisahan tu pun aku tahan sedih je.. kalo tak, mau hujan air mata dibuatnya. Uhuk2x.. tapi, nak sedih lelama pun tak guna jgk. Hidup mesti diteruskan.
Jadinya, sekarang dah dapat boss baru. Banyak kerja. Serius!! Dah la aku tak dapat nak sesuaikan diri dengan keadaan ni. Tapi,  aku macam biasalah. Senyummmmmmm je... sesekali tu, nangis jugak dalam hati. Heheh.. 

Macam nilah jadi seketari. Bertukar2 bos.. hehe.. takpa... murah rezeki.

Tuesday, 17 September 2013

Perbarisan sempena hari jadi TYT YDP Negeri Sarawak ke-92

Sabtu lepas pejabat aku terlibat dengan acara perbarisan sempena sambutan hari jadi TYT YDP Negeri Sarawak ke-92. Seminggu je kami berlatih. Tu pun ramai yang tak datang sebab ada komitmen lain. Tapi pada hari kejadian, kami dapat buat dengan baik walauoun ada yang baru berlatih pagi tu. Hihihi. Oh, ini pengalaman pertama aku menyertai perbarisan.

Beberapa keping gambar kami, kontinjen JAKIM Cawangan Sarawak. Best:)

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers