Tuesday, 30 July 2013

INFO: Zakat Emas


Salam Ramadhan..

Wah, bulan Ramadhan, tapi cerita tentang Zakat Emas pulak kan? Sepatutnya cerita tentang Zakat Fitrah, tapi rasanya, kalau taip kat Google, mesti meleret cerita Zakat Fitrah 1434H. 

Rasanya, ramai tak yang ada emas, tapi jarang pakai? Ramai tak yang pakai emas bila hari raya sahaja? Atau pakai emas bila nak kenduri sahaja? Atau bila ada majlis-majlis tertentu sahaja? Pada masa lain, emas tidak dipakai dan disimpan di dalam almari?

Kalau ada, berhati-hati! Korang mungkin kena bayar Zakat Emas. Zakat wajib dibayar! Bagi Zakat Emas, terdapat 2 keadaan yang dikenakan zakat. Pertama, emas yang tidak dipakai dan yang keduanya, emas yang dipakai.
Emas Yang Tidak Dipakai

Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun

Emas yang tidak dipakai wajib dibayar zakat ke atasnya.

Nisab adalah atas nilai emas 85 gram. Jika emas yang tidak dipakai tersebut menyamai atau melebihi 85 gram, maka wajib dikeluarkan zakat.

Zakat emas yang tidak dipakai adalah 2.5% atas nilai semasa emas tersebut.

Contoh pengiraan:

Puan Pija ada seutas rantai emas seberat 13.25 gram yang tidak dipakai walau sekalipun di dalam tempoh setahun.

*Nisab adalah atas nilai emas 85 gram
*katakan harga emas semasa ialah RM135.00 satu gram

Nilai semasa rantai emas Puan Pija ialah:
13.25 gram x RM135.00 = RM1,788.75

Zakat yang wajib dikeluarkan ke atas emas yang tidak dipakai oleh Puan Pija ialah:
2.5% x RM1,788.75 = RM44.72



Emas Yang Dipakai

Emas yang dipakai bermaksud emas yang digunakan atau dipakai sama ada sekali sekala atau berterusan di  dalam tempoh setahun.

Untuk emas yang dipakai, tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya 

Akan tetapi, sekiranya emas yang dipakai tersebut melebihi uruf, maka ianya wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% ke atas lebihan dari uruf tersebut.
(uruf bermaksud nilai pemakaian setempat yang dibenarkan)

Nilai yang diambil kira ialah nilai emas sahaja dan tidak termasuk batu-batu permata.

Contoh pengiraan:
Puan Pija memakai seutas rantai emas, seutas gelang dan sebentuk cincin emas yang keseluruhannya seberat 991 gram

*nilai uruf di Negeri Sarawak dinilai pada berat 775 gram 
(nilai uruf mungkin berlainan di negeri-negeri lain)
*katakan harga emas semasa ialah RM135.00 satu gram

Lebihan uruf emas Puan Pija ialah:
991 gram - 775 gram = 216 gram

Nilai lebihan uruf emas Puan Pija ialah:
216 gram x RM135.00 = RM29,160.00

Zakat yang wajib dikeluarkan ke atas emas yang dipakai oleh Puan Pija ialah:
2.5% x RM29,160.00 = RM729.00


Begitulah sedikit sebanyak info berkaitan  zakat emas. Sebanyak manapun emas yang dimiliki, sekiranya untuk tujuan simpanan dan cukup nisab dan haulnya, maka ia wajib dikenakan zakat. 

Selamat beramal!

*lagi 8 hari nak raya! 

Monday, 29 July 2013

Biskut Sarang Semut

20 Ramadhan 1434H

Sekejapnya masa berlalu. Ramadhan sudah menghampiri penghujung. Persiapan Syawal pun sudah dibuat sedikit. Semalam aku dan sepupu, Azie, untuk pertama kalinya mencuba untuk membakar Biskut Sarang Semut. Nasib baik hasilnya memuaskan. Memang sedap!
Jadi, walaupun aku tahu, kebanyakkan warganegara Malaysia yang berbangsa melayu ada menyimpan resepi biskut yang paling mudah ini, aku tetap juga nak menaip resepi biskut ini sebagai perkongsian untuk hari ini.

Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan:
250 gm butter 
100 gm gula halus 
350 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
2 biji kuning telur 
1 sudu teh esen vanilla 
Sedikit chocolate rice / manik gula 

Cara-cara:
Pukul  butter dan gula hingga kembang
Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata. 
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak dan gaul rata. 
Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup. 
Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. 
Bakar dalam oven dgn suhu 130’C sampai masak (lebih kurang 15 minit). 
Biarkan biskut sejuk dahulu barulah disimpan di dalam bekas kedap udara.

Bahannya senang, cara membuatnya pun senang. Aku lupa pulak nak kira berapa bijik yang kami dapat semalam. Aiman dan Abril masing-masing asik nak rasa, tak sampai ke rayalah jawabnya. Lepas ni kena buat lagi 2 adunan baru cukup kot.

Kalau jadi, kalau keadaan mengizinkan, aku nak buat Kek Lapis Strawberry Cheese. Nanti aku kogsikan resepinya di sini. Tunggu!

Wednesday, 24 July 2013

Armand Firdaus berpuasa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sudah 15 hari umat Islam di seluruh dunia berpuasa.

Aku pula dah rongak puasa tahun ini. 

Armand Firdaus 2 hari pertama tak puasa. Hari pertama sampai jam 5.30 petang. Hari kedua jam 12.00 tengah hari dah buka puasa. Selepas itu, hingga ke hari ini dia masih bertahan walaupun aku kerap cakap kat dia kalau tak tahan, dia boleh buka puasa bila-bila masa.

Aku mula-mula agak berkeras juga dengan Armand Firdaus. Tapi bila difikirkan semula, kasihan pula sedangkan aku sendiri pun lemah juga pada hari pertama, kedua dan ketiga puasa, apa lagi kanak-kanak sebesar Armand Firdaus. Akhirnya, aku berlembut dengan syarat dia mesti jujur dan sama sekali dilarang menipu (curi makan) kerana perbuatan menipu besar dosanya (memang syarat ini kerap disuarakan ditelinga anak-anak aku). 

Hari ketiga, Armand mungkin sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tidak makan dan minum. Alhamdulillah, hingga hari ini dia masih bertahan. Siap dapat main kejar-kejar lagi dengan Muhammad Razif Aiman.

Kadang-kadang, terdengar juga si Armand Firdaus marahkan Muhammad Razif Aiman "Aiman, jangan makan depan Abang!"

"Kenak? Sik bolehkah?" ("Kenapa? Tak bolehkah?") kata Muhammad Razif Aiman sambil dengan sengaja menghirup air kotak Milo dihadapan abangnya.

Hampir bergaduh, namun papa cepat mencampuri urusan mereka untuk mengelakkan pergaduhan. Itu baru Muhammad Razif Aiman, kalau Abril Asyraaf yang menyakat, lagi parah. Banyak dugaan si abang berpuasa. 

2 minggu lagi Ramadhan 1434H bakal berakhir. Selamat berpuasa dan selamat beramal.

Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan 1434H

Ramadhan menjelma lagi. Alhamdulillah masih diberi peluang merasai nikmat Allah.


Seperti tahun-tahun sebelumnya,  aku dan keluarga menziarahi pusara keluarga yang telah pergi menemui Yang Maha Pencipta. Menzahirkan yang mereka masih dekat dihati. Mengirimkan doa kepada mereka agar sentiasa tenang di sana.

Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan kita semua serta sentiasa merahmati usia kita yang masih hidup di dunia yang fana ini.

Salam Ramadhan buat semua dari aku dan keluarga.

Keluarga kecil ini

Salam dan selamat petang.

Kembali bersiaran dilaman ini setelah beberapa ketika menyepi. Maka, eloklah aku ceritakan kisah terkini 3 pendekar dan seorang serikandi keluarga kami.

Armand dan Aiman dah semakin bijak di sekolah dan semakin nakal di rumah. Tempoh hari, aku dan papa bertandang ke sekolah mereka atas jemputan dari guru masing-masing untuk mengambil buku laporan prestasi.


Walaupun keputusan mereka tidak sehebat pelajar genius, aku tetap memberikan mereka pujian sebagai galakan dan sokongan kepada mereka untuk berusaha lebih gigih dimasa akan datang.

Abril Asyraaf, si kecik yang bijak. Bijak menyakat dan bijak jugak memujuk. Tahun depan dah nak masuk sekolah. Setiap kali lalu di hadapan sekolah abang, mesti menjerit cakap nak sekolah. Aku dan papa tak perlu risau dah sebab dia memang dah tunjuk minat nak sekolah.

Hari ini Ayra Ayushi genap 7 bulan. Sedang gigih belajar merangkak. Makan 3 kali sehari. Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Tapi badan maintain slim. Susu botol dia minum tapi kurang, susu ibu juga pilihan hatinya.


Aku dan papa pula macam biasa. Macam dulu-dulu jugak. Merajuk perkara biasa. Kesian dia layan kerenah aku. Hihi... Kami sekarang gigih mencari masa untuk berdua-duaan. Selagi anak masih kecil, selagi itulah langkah terasa pendek.

Harap masa berlalu pantas. Biar anak cepat-cepat besar dan kami tua bersama ♥♡

:)

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers